Friday, November 18, 2011

hayati lahh kawan kawan ^^

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan. Cinta itu kann anugerah :)

Apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat? berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan? Kepada lelaki yang dianugerahkan perempuan yang baik, jaga lah dia sebaik-baiknya sebab dia sudah mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada kamu.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Tapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Tapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, hanya Allah yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Sebaliknya pun juga begitu :) jika lelaki mempersilakan seorang wanita duduk di sampingnya untuk sepanjang hayat, lelaki itu harus juga mempersilakan masalah wanita itu di bahunya.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak mengatasinya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah :)


p/s : wanita untuk dimulia, disayangi dan dicintai tauu? bukan disakiti.



lotsoflove ; atinSYGG ^^

No comments:

Post a Comment