"KECANTIKAN SEORANG WANITA HARUS DILIHAT DARI MATANYA KERANA ITULAH PINTU HATINYA, TEMPAT DIMANA CINTA ITU ADA".
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.
Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.
JANGANLAH kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya terlalu ISTIMEWA. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.
Begitu juga jika kamu bertemu dengan seorang insan. Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU dan MENGASIHANIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga akan menyesal.
*the points here is "JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN"
lots of love ; atinSYGG :)
Sunday, November 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment